Warih Homestay : Keadaan Asal Air Cond Di Tengah Menghadap Pintu |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu kita lagi pada hari ini. Pada kali ini, saya ingin ceritakan perihal air-cond di ruang tamu yang pada asalnya dipasang (pada pandangan saya) di tempat yang kurang sesuai.
Ianya menghala ke pintu masuk
bilik utama, bilik kedua dan bilik air kedua.
Lalu saya pun menjengah ke jiran berdekatan dan saya dapati bagi unit mereka, ianya dipasang di lokasi yang betul iaitu untuk menghadap tempat berehat di ruang tamu.
Warih Homestay : Kerja Penaglihan Air Cond Sedang Dijalankan |
Saya tidak putus asa dan berhubung dengan pihak yang dimaksudkan. Setelah beberapa kali berurusan, mereka mengatakan bahawa mereka mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan jika masih mahu pengalihan dilakukan, ianya hanyalah sekadar 2 kaki sahaja daripada lokasi asal. Sudah tentu saya menolak kerana tidak banyak perbezaannya !
Warih Homestay : Memasang Air Cond Di LokasiYang Baharu |
Warih Homestay : Menutup Ruang Piping Air Cond Yang Lama |
Warih Homestay : Ruang Piping Air Cond Yang Lama Yang Telah Selesai Ditutup |
Warih Homestay : Kerja-Kerja Penglaihan Aircond Ke Lokasi Baharu Telah Selesai |
Sekian
- Zamree -
p/s: Kerja-kerja pengalihan air-cond ini dilakukan sebelum kerja-kerja pemasangan kitchen cabinet dan lampu dijalankan.
Akhirnya selesai juga .....Alhamdulillah...!