Warih Homestay : Proses Menanggalkan Penutup Air-Cond |
Assalamualaikum, pada hari Sabtu 30.4.2016 yang lalu, saya telah memanggil kontraktor yang terlibat semasa kerja-kerja pengalihan air-cond dahulu untuk melihat sedikit kebocoran terhadap
unit penghawa dingin saya ini.
Warih Homestay : Melihat Punca Kebocoran |
Warih Homestay : Masih Meneliti Punca Kebocoran |
Temujanji adalah pada pukul 10.30 pagi dan 2 orang lelaki India datang untuk meninjau kerosakan ini. Seorang daripadanya pernah datang pada kali pertama dahulu sementara seorang lagi, baru pertama kali.
Warih Homestay : Punca Kebocoran Dikenalpasti |
Mereka membuka casing, mencabut saluran paip dalaman dan menadah air buangan yang terkumpul.
Warih Homestay : Melakukan Yang Terbaik Agar Ianya Tidak Berulang |
Seterusnya, mereka mengalas saluran paip dalaman itu dengan kertas agar ianya tinggi sedikit bagi mengelakkan air berkumpul.
Warih Homestay : Menuang Air Untuk Menguji Kebocoran |
Setelah itu, mereka menuang air ke dalam tray bagi menguji keberkesanan pengaliran air dan mendapati kesemua air tersebut dapat mengalir seperti yang sepatutnya.
Warih Homestay : Proses Memasang Semula Penutup Air-Cond |
Setelah berpuashati, mereka memasang kembali casing air-cond itu dan mengelap nya.
Warih Homestay : Mengelap Penutup Aircond |
Akhirnya saya menguji keberkesanannya dengan membiarkan ianya ON untuk tempoh beberapa jam.
Alhamdulillah, tiada lagi air meniti atau kebocoran pada air-cond saya ini.
Semua ini saya lakukan adalah bagi mendapatkan kepuasan maksimum untuk bakal penyewa homestay sulung saya ini.
Tkasih